
Assalamualaikum..rasa lama sungguh x update..buzy kata kan nak spm..hahaha..sangat lah kan..setelah sekian lama..kini kembali..chettt..apa punya ayat lah..tangan berhenti menulis, nak tulis apa eak..okay start..hee..semalam terbaca satu buku nie..menarik pulak nak share isi buku tuu,,ishhh..lama x menulis rasa pelik pulak..nak tau kisahnya apa..meh baca bawah nie. baca dan hayati cerita ini naa =)
Pada suatu hari, rasullah SAW berjalan bersama puteri baginda, sayidatina Fatimah (rha). setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. "apalah gunanya pohon semalu itu dijadikan?" Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannnya itu bahawasanya, "pohon semalu itu sangat berkait rapat dengan wanita" mendengar jawapan itu, Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata - katanya lagi " semua wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu dari empat sudut:
PERTAMA
Pohon semalu akan mengucup apabila disentuh. ia dibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya)
KEDUA
Pohon semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. oleh itu, wanita perlu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
KETIGA
Pohon semalu juga mempunyai agar tunjang yang sangat kuat dan memcengkam bumi. ini bermakna wanita soleha mempunyai ikatan yang sangat kuat dengan ALLAH.
KEEMPAT
Semalu juga akan mengucup dengan sendirinya apabila senja menjelang. oleh itu, wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
wahai kawan2 ku yang bergelar wanita, ambillah pengajaran dari pohon semalu walaupun jasadnya kecil pada pandangan manusia!
kita lihat sekarang ramai wanita sekarang hilang perasaan malu..saya x menafikan kadang-kadang memang diri ini terover..tapi dalam proses nak ubah..insyaAllah Allah maha membantu..malu kan sebahagian daripada iman. kalau kita tiada perasaan malu, maknanya kita hilang separuh dari iman kita. jom sama - sama kita memperbaiki iman kita, akhlak kita dan diri kita. saya ingatkan awak, awak ingatkan saya. akhlak mulia iman mamtap kehidupan pasti diredhai.. salam ukhwah ^^
setiap manusia memang tak sempurna..tetapi kita kena cuba menghampiri kesempurnaan itu
No comments:
Post a Comment